Wednesday 25 May 2011

JIKA ENGKAU PERGI..[2]

BAB 2
                Sebaik menutup diarinya, pensyarah untuk mata pelajaran MGT162 melangkah masuk ke kelas kami. Semua pelajar mengambil tempat masing-masing. Tanpa dia sedari ada pelajar lelaki yang mengambil tempat kosong di sebelah kanannya.

                “Baiklah. Nama saya Tengku Haniyah. Boleh panggil saya Madam Hani,” Madam Hani memperkenalkan dirinya kepada pelajar BMD1BG. “Sekarang saya nak kenal awak pulak. Boleh kita mulakan dari tepi sana,” dia menambah sambil menunjuk ke arah Qila.

                “Nama saya Aqila Nuraini binti Ahmad. Berasal dari Kuala Lumpur,” Qila memperkenalkan dirinya.

                “Saya Puteri Tiara binti Hariz. Berasal dari Kuala Lumpur.”

                “Saya Airil Luqman bin Ismail. Saya juga berasal dari Kuala Lumpur,” sambil tersenyum dia memperkenalkan dirinya.

                Tiara terkejut mendengar suara lelaki di sebelahnya. Dia berpaling untuk memastikan. Memang seorang lelaki. Dia sangkakan perempuan tadi  yang duduk disebelahnya. Dia memandang ke arah suara yang sedang memperkenalkan diri. Sudah separuh kelas memeperkenalkan diri mereka. Selesai satu kelas memperkenalkan diri Madam Hani merperkenalkan kelas tersebut dengan subjek MGT162. Dia menerangkan silibus untuk subjek tersebut dan terus memberikan tajuk untuk tugas berkumpulan.

                “Awak nak saya bahagikan kumpulan atau awak nak pilih sendiri kumpulan awak?” tanya Madam Hani.

                “Sendiri,” jawab semua pelajar hampir serentak.

                “Okey. Nanti awak tulis nama ahli kumpulan dalam satu kertas dan bagi pada saya. Saya nak awak buat presentation dan saya nak report sekali. Saya nak report yang lengkap. Lima belas muka surat. Font pulak, arial 11 atau times news roman 12,” terang Madam Hani.

                “Madam, bila nak hantar?” Airil bertanya.

                “Hmm, awak hantar report waktu present nanti. Awak present 1 Ogos,” beritahu Madam Hani.

                Habis berbincang mengenai tugasan berkumpulan, Madam Hani mengajar tajuk pertama dalam silibus dan memberikan nota kepada pelajar-pelajarnya.

                “Hmm. You ni kawan Syasya ye?” Airil bertanya kepada gadis yang duduk di sebelahnya. Dia pasti dia mendengar namanya Puteri Tiara tadi. Itulah yang di beritahu Syasya dulu. Syasya kata kawan sekolahnya dulu juga belajar di Kelantan dan program yang sama dengannya iaitu Diploma Pengajian Perniagaan. Dia menunggu respons gadis itu.

                Dia cakap dengan aku ke? Tak kot. Tapi dia sebut nama Syasya tadi. Syasya mana ye? Aku kenal ke? Hmm, baik aku tanya dia balik. Tiara mengumam dalam hatinya. Dia memandang Qila. Dia perlukan kekuatan. Qila masih leka menyalin nota. Qila tiba-tiba menolehkan kepalanya kearah Tiara dan tersenyum. Qila seakan tahu. Thanks Qila! Tiara tersenyum.

                Dia kembali mengarahkan pandangannya kehadapan dan tanpa memalingkan kepalanya ke arah lelaki disebelahnya, dia bertanya kembali.

                “Hmm, Syasya yang mana ye?”

                Airil terkejut. Sangkanya gadis itu tidak mendengar. Dia tersenyum lantas menjawab. “Hmm, Syasya yang ada kembar tu. Kembar dia Aina.”

                “Oh! Aisya ye,” katanya sambil mengangguk-angguk. Tidak pula dia tahu Aisya ada kawan lelaki. Setahunya dia tak pernah dengar lagi nama Airil Luqman. Aisya sekelas dengannya waktu sekolah dulu jadi dia agak rapat dengan Aisya.

                “You kenal dia ke?” Tiara bertanya lagi.

                “Kenal kat PLKN. Satu kelas dengan dia kat PLKN,” Airil memberitahu.

                Tiara hanya mengangguk.

                “Mulanya I tak tau pun yang dia ada kembar then I tengok kat facebook ada gambar dia dengan sorang lagi yang muka sama cam dia. I tanya la dia ambil gambar kat cermin ke, then dia jawab tu kembar dia,” cerita Airil lagi.

                Tiara mengangguk lagi. Sejujurnya dia tak tahu apa yang hendak dibualkan. Dia membiarkan saja Airil bercerita dan dia mendengar sambil menyalin nota. Hanya sekali-sekala dia mencelah.

                “Dia belajar kat mana sekarang?” Tiara menyoal.

                “Kat Kedah. Dia ada balik KL last week,” Airil menambah.

                “Kenapa dia balik KL?” Tiara bertanya ingin tahu.


                “Hmm, dia kata dia tak dapat sesuaikan diri. And she had a hard time kat sana. You tak contact dia ke?”

                “Tak lagi. My phone tak ada kredit. Tak top up lagi,” kata Tiara tersenyum.

                Airil hanya tersenyum. Tiara senyum kembali dan terus menyambung kembali menyalin notanya. Tiara menyangka perbualan mereka hanya tamat di situ. Dia menjangka ini hanya satu kebetulan yang terjadi dan tidak mungkin dia akan ada apa-apa dengan Airil. Dia tidak biasa dengan lelaki. Hanya dengan keluarganya saja dan seseorang dari masa lalunya. Orang lain dia tahu itu tidak mungkin terjadi.

No comments:

Post a Comment