Thursday 2 June 2011

JIKA ENGKAU PERGI..[3]

BAB 3
                Tiara dan Qila berjalan mendaki tangga yang tinggi yang di belakang perpustakaan. Cuma tangga itu jalan pintas untuk pulang ke kolej mereka. Tangga itu tamat di belakang Dewan Profesional dan mereka akan melalui Kolej Tun Hussien Onn sebelum sampai ke kolej mereka iaitu Kolej Dato’ Onn. Qila melihat jam tangannya. Hampir pukul 4.30. Sudah hampir waktu Asar. Penat juga hari ini. Walaupun hanya ada dua kelas. Waktu kosong antara pukul 12 hingga pukul 2 tadi mereka habiskan di perpustakaan mencari bahan untuk tugasan berkumpulan yang diberikan Madam Hani. Kemudian barulah mereka solat Zohor dan mengisi perut.

                Qila mengeluh.“Nasib baik kita dah makan tadi. Kalau tak mau pengsan aku daki tangga batu caves ni.”

                Tiara tersenyum. Tahu sangat dia dengan sahabat baiknya. Dia berdiam. Sejujurnya dia tak tahu nak cakap apa.

                “Memang slim la aku kan kalau tiap-tiap hari daki tangga batu caves ni,” Qila menyambung lagi. Peluh menitis di sebalik tudung yang di pakainya.

                Tiara tersenyum lagi. Dia juga penat. Mana tak penatnya mendaki tangga ni. Anak tangganya pun sudah cukup tinggi. Tangga ini juga berbahaya kerana tangga ini sangat curam. Pasti lenguh kalau menuruni tangga ni dengan kasut bertumit tinggi. Silap-silap sampai je kasut tumit tinggi patah.

                “Ara! Kau tak dengar ke aku cakap apa? Kau ni, tak ada respons pun. Macam aku cakap dengan tunggul je,” jerit Qila geram.

                “Aku dengar tapi aku malas nak respons. Nanti bertambah penat la.”

                “Aku pun penat boleh je bercakap.”

                “Aku tau tapi kalau kau kurangkan cakap mesti penat kau pun kurang. Cuba tutup mulut kau sekejap. Sampai bilik nanti kau nak cakap, cakap la. Okey sayang.”

                “Betul juga kan. Okey.”  

                Kata-kata Qila mengundang tawa Tiara. Dia mengeleng-geleng kepalanya.“Kau ni, ada-ada aje la.”


                Mereka sampai di bilik mereka pukul 4.50 petang. Mereka melihat rakan sebilik mereka, Syakira sedang mengulangkaji pelajaran.

                “Assalamualaikum,” mereka memberi salam hampir serentak.

                Syakira berpaling apabila mendengar suara memberi salam, lantas menjawab salam mereka. “Waalaikumusalam.”

                Syakira kembali menyambung pembacaannya yang tergendala sebentar tadi. Tiara menanggalkan tudung dari kepalanya. Dia menyeka peluh di lehernya dengan tisu. Dia menukarkan suis kipas ke nombor lima. Dia membiarkan badannya kering dahulu sebelum mandi. Apabila dia merasa badannya sudah kering barulah dia pergi mandi dan kemudiannya menunaikan solat Asar.

                Usai menunaikan solat Asar, dia duduk di meja tulisnya. Dia mengeluarkan diarinya dari begnya. Dia menulis sesuatu dalam diarinya. Sesuatu yang berlaku dalam hidupnya hari ini dicatat teliti.

                Dear diary...
                Ahad, 11 July,5.10 ptg
Aku menemui seseorang hari ini. Airil Luqman. Orangnya tinggi,berkulit cerah,bibirnya tebal dan kemerahan.Tandanya dia tidak merokok. Dia kawan Aisya rupanya.Diaorg kenal waktu kat PLKN. Tak sangka boleh berjumpa dia di sini. Boleh pulak satu kelas tu.. kebetulan yang tak di sangka-sangka.
Coretan Puteri smpai sini dulu ye..
With love Puteri Tiara Hariz..
                Ahad, 11 July, 5.15 ptg
                Uitm Kelantan, DO2/307..
               

                Tiara menutup diarinya. Dia memandang ke luar tingkap. Dia melihat burung-burung terbang pulang ke sarang. Di sini, setiap kali senja pasti ada burung-burung terbang. Burung apa dia kurang pasti. Dari tingkap biliknya dia dapat melihat Kolej Tun Hussien Onn dan juga dining Kolej Dato’ Onn. Tanpa dia sedari waktu Maghrib sudah pun masuk. Syakira menutup tingkap. Bunyi itu menganggunya yang asyik memerhati burung-burung di luar tingkap. Dia bangun dan menutup tingkap dan kemudian terus kebilik air untuk berwuduk dan menunaikan solat Maghrib.

                Selepas menunaikan solat Maghrib, Qila bersiap-siap untuk ke perjumpaan kelab INDYBS pukul 8.30 malam ini yang di wajibkan pada pelajar-pelajar Program Diploma Pengajian Perniagaan. Tiara yang baru saja selesai solat hairan melihat Qila yang sudah bersiap-siap hendak keluar.

                “Qila, kau nak pergi mana pulak ni?” dia bertanya. Setahunya tak ada aktiviti apa-apa malam ini. Ke mana pulak Qila ni nak pergi.

                “Mak cik, kau tak ingat ke malam ni kita ada perjumpaan INDYBS kat AU300,” jawab Qila.

                Tiara menggaru-garu kepalanya seperti mengingati sesuatu. “A’ah la. Aku lupa. Nasib baik kau ingatkan.”

                Tiara segera bersiap-siap. Dia mengambil baju kurung yang di pakainya siang tadi. Dia malas nak membasuh banyak baju. Biarlah. Janji dia sudah mengikut sahsiah rupa diri.

                “Eh,eh. Ara, takkan kau nak pakai baju kurung siang tadi kot,” tegur Qila.

                “Biarlah. Bukannya kotor pun. Lagipun aku malas nak basuh baju banyak-banyak,” jawab Tiara selamba.

                “Ikut kau la mak cik. Malas aku nak cakap apa-apa. Kau bukannya dengar pun nanti. Degil betul mak cik ni.”

                Tiara tersengih.

                “Ha, mak cik, jangan lupa bawak duit yuran. RM150,” pesan Qila.

                “Okey, mak cik. Thanks ingatkan aku ye.”

                “Welcome.”


                Izzati masuk ke dalam bilik Syakira. “Hmm, korang da siap ke?” Izzati kawan Syakira. Biliknya hanya selang beberapa bilik dari bilik Syakira, Qila dan Tiara. Mereka merancang untuk sama-sama pergi ke perjumpaan INDYBS.

                “Dah siap dah,” jawab Syakira.

                “Eh, Ara pakai baju kurung siang tadi ye?” tanya Izzati.

                “Mana Eijat tahu ni baju kurung siang tadi?” Tiara pulang soalan pada Izzati.

                “Eijat tak tau. Ara yang bagitahu,” balas Izzati selamba.

                Tiara hairan. “Bila Ara bagitahu Eijat?”

                Qila dan Syakira menahan tawanya melihat Tiara yang lambat menangkap apa yang di maksudkan Izzati. Tiara masih lagi bingung. Lama dia memikirkannya barulah dia dapat menangkap yang Izzati telah mengenakannya. Tawa yang di tahan mereka bertiga tadi akhirnya terhambur jua. Tiara turut tertawa. Bergema ketawa mereka di bilik 307 itu.

               
                Sampai saja di AU300, mereka melihat sudah hampir separuh auditorium sudah penuh dengan pelajar-pelajar Diploma Pengajian Perniagaan. Mereka berempat mengambil tempat duduk di bahagian hujung sebelah kiri auditorium. Baru saja melabuhkan punggung, pengacara majlis bersuara memberi arahan.

                “Assalamualaikum, baiklah. Anda semua dikehendaki duduk mengikut kelas masing-masing.”

                Pelajar-pelajar dalam auditorium mula bangun mencari kelas masing-masing. Suasana riuh-rendah seketika. Tiara dan Qila berpegangan tangan dalam kerumunan orang ramai mencari rakan-rakan sekelas mereka. Qila menarik tangan Tiara kuat agar temannya itu tidak hilang dalam suasana yang sesak itu.

                Qila ternampak rakan sekelas mereka yang lain duduk di bahagian depan sebelah kiri AU300 tersebut. Dia cepat-cepat menarik tangan Tiara agar Tiara mengikutinya. Badan Tiara tertarik ke hadapan dan hampir saja jatuh. Mujur  dia sempat mengimbangkan badannya, kalau tidak dia pasti tersembam.