Friday 9 September 2011

JIKA ENGKAU PERGI [5]


BAB 5
                Tiara dan Qila melangkah masuk ke kelas Business Mathematics di blok D201 pada petang itu. Mereka mengambil tempat duduk di barisan kedua. Tiara mencari kelibat seseorang yang ingin dilihatnya sekali lagi. Tiba- tiba pintu kelas dikuak. Dia menanti seseorang masuk. Dia mengharapkan orang yang ditunggunya. Miss Afefah masuk ke kelas. Dia hampa. Pintu dikuak lagi, dia melihat ke arah pintu seorang demi seorang rakan kelasnya masuk. Hish! Selalu datang lambat la dia ni. Bisik hatinya. Sedikit geram. Miss Afefah sudah mengedarkan kertas attendance. Dia melihat ke arah pintu lagi.

                Haih! Kenapa la dengan aku ni? Kenapa pulak aku nak tunggu dia? Ara,Ara. Dia mengeluh sendiri. Miss Afefah sudah bersiap hendak memulakan pengajarannya. Dia bersiap-siap dengan pen dan buku nota di atas meja. Tiba-tiba pintu dikuak, dia muncul dengan senyuman manisnya kepada Miss Afefah sambil meminta maaf kerana terlewat.

                Dia kembali menumpukan perhatiannya kepada subjek yang diajar hari itu. Seharian hatinya senang. Qila yang dari tadi melihat perlakuan teman baiknya itu hanya tersenyum. Sah la kau dah jatuh cinta Ara. Bisik hati kecilnya. Dia tahu Tiara belum pernah jatuh cinta dan ini kali pertama dia melihat Tiara tersenyum. Bukannya Tiara tidak pernah senyum tapi senyumannya yang ini lain dari yang sebelumnya. Senyumannya kali ini istimewa dan dia tahu sebabnya senyuman seistimewa itu terukir dibibir comel milik Tiara. Semuanya gara-gara Airil Luqman. Dia memandang jejaka itu. Dia pasti Airil sesuai untuk Tiara. Ara, aku doakan kau mendapat bahagia yang kau cari. Doanya dalam hati ikhlas buat sahabat yang disayangi. Dia kembali menumpukan perhatian terhadap pengajaran Miss Afefah dihadapan.

                Pengajaran dan pembelajaran  berjalan seperti biasa petang itu. Sekali-sekala kelas riuh dengan gelak tawa kerana keletah sesetengah pelajar terutamanya Airil Luqman. Dialah yang selalu menceriakan kelas dengan keletahnya.

KELAS habis tepat pukul 2 petang. Miss Afefah memberikan latihan Business Mathematics untuk tajuk yang di ajarnya hari itu dan perlu di hantar pada minggu depan. Tiara mengemaskan buku-bukunya. Tiba-tiba ada seseorang berdiri di hadapannya. Dia mendongak. Dia tersenyum apabila melihat Airil di hadapannya. Dia melihat Airil sedang menekan keypad telefon bimbitnya.

                “ Nak cakap dengan Syasya tak?” Airil bertanya tiba-tiba.

                “ Nak, Nak!!” pantas Tiara menganguk dan menghulurkan tangan untuk mengambil telefon bimbit dari tangan Airil.

                “ Bukan sekarang la. I belum call dia lagi,” Kata Airil.

                “Oh, okey,” Tiara tertunduk malu. Dia ingatkan Airil sudah pun mendail nombor Aisya.

                Airil berjalan keluar dari kelas. Dia menunggu di luar. Sambil menunggu dia mendail nombor Aisya. Dia bercakap dengan Aisya. Tiara keluar dari kelas bersama-sama Qila. Melihat Tiara keluar dari kelas, Airil memanggil Tiara.

                “Nah, Syasya,” kata Airil sambil menghulurkan telefon bimbitnya pada Tiara.

                “ Ara, aku pergi dulu ye. Takut lambat nanti nak pergi latiahn Kesatria Negara,” Qila meminta diri sambil tersenyum.

                “Okey. Bye, Qila.” Tiara mengambil telefon dari tangan Airil. Dia meletakkannya di telinga.
                “ Hello,” katanya dan menunggu jawapan dari hujung talian.

                “ Hello, Tiara,” kedengaran suara Aisya dari hujung talian.

                “ Aisya! Aisya!”

                “ Ye, aku ni.”

                “ Wei, kau apa khabar? Lama tak jumpa.”

                “ Aku sihat. Kau pulak?”

                “ Aku pun sihat je. Kau kat mana ni?”

                “ Aku kat bilik je, tengah rehat-rehat ni.”

                “ Kau tak de kelas ke?”

                “ Tak ada.”

                “Habis kau tak pergi kokurikulum ke?”

                “Tak, aku tak ambik kokurikulum.”

                “Oh. Kau buat pengecualian ye.”

                “A’ah. Macam mana kau kenal Airil? Dia tegur kau dulu ke, kau tegur dia dulu?”

                “ Hmm, dia tegur aku dulu,” kata Tiara sambil tersenyum.

                “ Oh. Cakap kat dia, aku bagitau Su nanti.”

                “Apa? Su?”

                “ A’ah.”

                “ Kau nak bagitau Su,” Tiara sengaja menguatkan suaranya supaya Airil mendengar.

                “Bagitau la. Mengadu la banyak-banyak,” kata Airil sambil ketawa.

                “Hmm, dia kata bagi la tau. Mengadu la banyak-banyak.”

                “Haha,” terdengar ketawa Aisya.

                “ Hmm, okey la Aisya. Aku nak pergi kokurikulum ni. Takut lambat nanti. Bye.”

                “ Okey, bye.”

                 Tiara menghulurkan kembali telefon bimbit kepada Airil. “ Alahai, sedihnya bunyi.” Airil menyampuk. Dia mengambil telefon dan kemudian terus pergi. Tiara melihat Airil sehingga dia hilang dari pandangannya. Setelah Airil hilang dari pandangannya dia pun balik untuk bersiap-siap ke latihan kokurikulum petang itu.


TIARA memandang langit malam dari tingkap biliknya. Bersinar langit malam ini dengan cahaya bulan dan bintang. Dia berfikir tentang siang tadi. Hatinya tidak tenang. Dia tertanya-tanya siapakah Su yang dimaksudkan Aisya petang tadi. Gilrfriend dia ke? Haih. Dia mengeluh. Kenapalah aku perlu rasa macam ni? Kenapa aku rasa lain sangat hari ni? Apa yang salahnya kalau dia ada girlfriend? Apa kena mengena dengan aku? Aku cemburu ke? Persoalan demi persoalan mengasak minda Tiara. Dia buntu dengan persoalan yang mengasak mindanya. Buntu dengan perasaan yang menggangu hatinya. Dia mengeluarkan diari dari dalam laci mejanya. Dia mencatat sesuatu. Kisahnya hari ini. Segalanya dia catatkan.

Friday 19 August 2011

JIKA ENGKAU PERGI.. [4]


BAB 4
                Tiara masih mengikut Qila. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Qila. Dia melihat pelajar yang ramai masih mencari-cari tempat duduk. Ada juga pelajar yang baru sampai. Dia leka seketika melihat pelbagai kerenah pelajar yang sebaya dengannya itu.

                “Tiara!” lamunannya terhenti apabila ada suara yang memanggilnya dari belakang.

                Dia berpaling. Dia tersenyum sambil membalas. “Hai”

                Qila turut memandang ke belakang. Qila turut tersenyum.

                “Siapa nama kawan you ni?” tanya Airil.

                “Aqila Nuraini,” jawab Tiara.

                Airil hanya mengangguk.

                Pengerusi majlis memulakan acara pada malam itu. Mereka diperkenalkan dengan Persatuan INDYBS. Kemudian mereka diperkenalkan dengan pengerusi INDYBS, naib pengerusi serta exco-exco yang lain.

                “Baiklah. Kita akan mengadakan malam ukhwah untuk awak semua. Malam ukhwah kita akan diadakan pada 1 Ogos. Pukul 9 malam. Tema untuk malam ukhwah kita ialah warna kehidupan. Class rep sila turun untuk cabut undi,” ucap pengerusi majlis.
                Semua wakil kelas turun untuk mencabut undi. Selepas mendapat tajuk untuk persembahan masing-masing setiap kelas diberikan 4 orang fasilitator.

                “ Wei, Fais dapat tajuk apa?” tanya salah seorang pelajar lelaki kelas BMD1BG.

                “Adnan sempit,” jawab Fais tersengih.

                Setiap kelas kemudiannya mendapat fasilitator yang terdiri daripada exco-exco INDYBS sendiri. Kelas BMD1BG mendapat 4 orang fasilitator iaitu Kak Awanis, Kak Anis, Kak Ita dan Abang Shahrul.

                “ Jom, kita keluar kejap,” suruh Kak Ita.

                Diluar mereka mencari tempat untuk berbincang mengenai tajuk yang diberi dan berkenalan dengan fasilitator mereka yang juga senior mereka. Mereka duduk berdekatan dengan Blok D iaitu di ruangan tempat letak kereta belakang Blok C. Kelas-kelas lain juga turut keluar dan duduk berdekatan dengan Blok D.

                Kak Ita memberikan mereka borang maklumat diri untuk diisi. Mereka mengisi borang tersebut dan menyerahkan semula kepada Kak Ita bersama duit yuran INDYBS. Mereka juga berbincang mengenai persembahan yang akan diadakan untuk Malam Ukhwah INDYBS.

                Selesai berbincang, mereka masuk semula ke dalam AUD300. Sebelum beredar pulang, presiden mengingatkan tugasan yang perlu disiapkan iaitu mengumpul tanda tangan semua exco-exco INDYBS dan tugasan itu perlu di hantar pada malam ukhwah. Mereka di beri makanan sebelum beredar pulang. Tiara keluar bersama Qila. Sebaik keluar dari pintu AUD300, Tiara terserempak dengan Airil. Dia tersenyum melihat Airil. Qila hanya mengikut Tiara dari belakang.

                “ Ara!!” panggil Airil.

                Tiara berpaling. “ Good night,” ucap Airil.

                “ Good night,” ucap Tiara sambil melambaikan tangannya pada Airil. Kemudian dia dan Qila terus berjalan balik ke kolej masing- masing. Qila tersenyum mengusik kepada Tiara.

Thursday 2 June 2011

JIKA ENGKAU PERGI..[3]

BAB 3
                Tiara dan Qila berjalan mendaki tangga yang tinggi yang di belakang perpustakaan. Cuma tangga itu jalan pintas untuk pulang ke kolej mereka. Tangga itu tamat di belakang Dewan Profesional dan mereka akan melalui Kolej Tun Hussien Onn sebelum sampai ke kolej mereka iaitu Kolej Dato’ Onn. Qila melihat jam tangannya. Hampir pukul 4.30. Sudah hampir waktu Asar. Penat juga hari ini. Walaupun hanya ada dua kelas. Waktu kosong antara pukul 12 hingga pukul 2 tadi mereka habiskan di perpustakaan mencari bahan untuk tugasan berkumpulan yang diberikan Madam Hani. Kemudian barulah mereka solat Zohor dan mengisi perut.

                Qila mengeluh.“Nasib baik kita dah makan tadi. Kalau tak mau pengsan aku daki tangga batu caves ni.”

                Tiara tersenyum. Tahu sangat dia dengan sahabat baiknya. Dia berdiam. Sejujurnya dia tak tahu nak cakap apa.

                “Memang slim la aku kan kalau tiap-tiap hari daki tangga batu caves ni,” Qila menyambung lagi. Peluh menitis di sebalik tudung yang di pakainya.

                Tiara tersenyum lagi. Dia juga penat. Mana tak penatnya mendaki tangga ni. Anak tangganya pun sudah cukup tinggi. Tangga ini juga berbahaya kerana tangga ini sangat curam. Pasti lenguh kalau menuruni tangga ni dengan kasut bertumit tinggi. Silap-silap sampai je kasut tumit tinggi patah.

                “Ara! Kau tak dengar ke aku cakap apa? Kau ni, tak ada respons pun. Macam aku cakap dengan tunggul je,” jerit Qila geram.

                “Aku dengar tapi aku malas nak respons. Nanti bertambah penat la.”

                “Aku pun penat boleh je bercakap.”

                “Aku tau tapi kalau kau kurangkan cakap mesti penat kau pun kurang. Cuba tutup mulut kau sekejap. Sampai bilik nanti kau nak cakap, cakap la. Okey sayang.”

                “Betul juga kan. Okey.”  

                Kata-kata Qila mengundang tawa Tiara. Dia mengeleng-geleng kepalanya.“Kau ni, ada-ada aje la.”


                Mereka sampai di bilik mereka pukul 4.50 petang. Mereka melihat rakan sebilik mereka, Syakira sedang mengulangkaji pelajaran.

                “Assalamualaikum,” mereka memberi salam hampir serentak.

                Syakira berpaling apabila mendengar suara memberi salam, lantas menjawab salam mereka. “Waalaikumusalam.”

                Syakira kembali menyambung pembacaannya yang tergendala sebentar tadi. Tiara menanggalkan tudung dari kepalanya. Dia menyeka peluh di lehernya dengan tisu. Dia menukarkan suis kipas ke nombor lima. Dia membiarkan badannya kering dahulu sebelum mandi. Apabila dia merasa badannya sudah kering barulah dia pergi mandi dan kemudiannya menunaikan solat Asar.

                Usai menunaikan solat Asar, dia duduk di meja tulisnya. Dia mengeluarkan diarinya dari begnya. Dia menulis sesuatu dalam diarinya. Sesuatu yang berlaku dalam hidupnya hari ini dicatat teliti.

                Dear diary...
                Ahad, 11 July,5.10 ptg
Aku menemui seseorang hari ini. Airil Luqman. Orangnya tinggi,berkulit cerah,bibirnya tebal dan kemerahan.Tandanya dia tidak merokok. Dia kawan Aisya rupanya.Diaorg kenal waktu kat PLKN. Tak sangka boleh berjumpa dia di sini. Boleh pulak satu kelas tu.. kebetulan yang tak di sangka-sangka.
Coretan Puteri smpai sini dulu ye..
With love Puteri Tiara Hariz..
                Ahad, 11 July, 5.15 ptg
                Uitm Kelantan, DO2/307..
               

                Tiara menutup diarinya. Dia memandang ke luar tingkap. Dia melihat burung-burung terbang pulang ke sarang. Di sini, setiap kali senja pasti ada burung-burung terbang. Burung apa dia kurang pasti. Dari tingkap biliknya dia dapat melihat Kolej Tun Hussien Onn dan juga dining Kolej Dato’ Onn. Tanpa dia sedari waktu Maghrib sudah pun masuk. Syakira menutup tingkap. Bunyi itu menganggunya yang asyik memerhati burung-burung di luar tingkap. Dia bangun dan menutup tingkap dan kemudian terus kebilik air untuk berwuduk dan menunaikan solat Maghrib.

                Selepas menunaikan solat Maghrib, Qila bersiap-siap untuk ke perjumpaan kelab INDYBS pukul 8.30 malam ini yang di wajibkan pada pelajar-pelajar Program Diploma Pengajian Perniagaan. Tiara yang baru saja selesai solat hairan melihat Qila yang sudah bersiap-siap hendak keluar.

                “Qila, kau nak pergi mana pulak ni?” dia bertanya. Setahunya tak ada aktiviti apa-apa malam ini. Ke mana pulak Qila ni nak pergi.

                “Mak cik, kau tak ingat ke malam ni kita ada perjumpaan INDYBS kat AU300,” jawab Qila.

                Tiara menggaru-garu kepalanya seperti mengingati sesuatu. “A’ah la. Aku lupa. Nasib baik kau ingatkan.”

                Tiara segera bersiap-siap. Dia mengambil baju kurung yang di pakainya siang tadi. Dia malas nak membasuh banyak baju. Biarlah. Janji dia sudah mengikut sahsiah rupa diri.

                “Eh,eh. Ara, takkan kau nak pakai baju kurung siang tadi kot,” tegur Qila.

                “Biarlah. Bukannya kotor pun. Lagipun aku malas nak basuh baju banyak-banyak,” jawab Tiara selamba.

                “Ikut kau la mak cik. Malas aku nak cakap apa-apa. Kau bukannya dengar pun nanti. Degil betul mak cik ni.”

                Tiara tersengih.

                “Ha, mak cik, jangan lupa bawak duit yuran. RM150,” pesan Qila.

                “Okey, mak cik. Thanks ingatkan aku ye.”

                “Welcome.”


                Izzati masuk ke dalam bilik Syakira. “Hmm, korang da siap ke?” Izzati kawan Syakira. Biliknya hanya selang beberapa bilik dari bilik Syakira, Qila dan Tiara. Mereka merancang untuk sama-sama pergi ke perjumpaan INDYBS.

                “Dah siap dah,” jawab Syakira.

                “Eh, Ara pakai baju kurung siang tadi ye?” tanya Izzati.

                “Mana Eijat tahu ni baju kurung siang tadi?” Tiara pulang soalan pada Izzati.

                “Eijat tak tau. Ara yang bagitahu,” balas Izzati selamba.

                Tiara hairan. “Bila Ara bagitahu Eijat?”

                Qila dan Syakira menahan tawanya melihat Tiara yang lambat menangkap apa yang di maksudkan Izzati. Tiara masih lagi bingung. Lama dia memikirkannya barulah dia dapat menangkap yang Izzati telah mengenakannya. Tawa yang di tahan mereka bertiga tadi akhirnya terhambur jua. Tiara turut tertawa. Bergema ketawa mereka di bilik 307 itu.

               
                Sampai saja di AU300, mereka melihat sudah hampir separuh auditorium sudah penuh dengan pelajar-pelajar Diploma Pengajian Perniagaan. Mereka berempat mengambil tempat duduk di bahagian hujung sebelah kiri auditorium. Baru saja melabuhkan punggung, pengacara majlis bersuara memberi arahan.

                “Assalamualaikum, baiklah. Anda semua dikehendaki duduk mengikut kelas masing-masing.”

                Pelajar-pelajar dalam auditorium mula bangun mencari kelas masing-masing. Suasana riuh-rendah seketika. Tiara dan Qila berpegangan tangan dalam kerumunan orang ramai mencari rakan-rakan sekelas mereka. Qila menarik tangan Tiara kuat agar temannya itu tidak hilang dalam suasana yang sesak itu.

                Qila ternampak rakan sekelas mereka yang lain duduk di bahagian depan sebelah kiri AU300 tersebut. Dia cepat-cepat menarik tangan Tiara agar Tiara mengikutinya. Badan Tiara tertarik ke hadapan dan hampir saja jatuh. Mujur  dia sempat mengimbangkan badannya, kalau tidak dia pasti tersembam. 

Wednesday 25 May 2011

JIKA ENGKAU PERGI..[2]

BAB 2
                Sebaik menutup diarinya, pensyarah untuk mata pelajaran MGT162 melangkah masuk ke kelas kami. Semua pelajar mengambil tempat masing-masing. Tanpa dia sedari ada pelajar lelaki yang mengambil tempat kosong di sebelah kanannya.

                “Baiklah. Nama saya Tengku Haniyah. Boleh panggil saya Madam Hani,” Madam Hani memperkenalkan dirinya kepada pelajar BMD1BG. “Sekarang saya nak kenal awak pulak. Boleh kita mulakan dari tepi sana,” dia menambah sambil menunjuk ke arah Qila.

                “Nama saya Aqila Nuraini binti Ahmad. Berasal dari Kuala Lumpur,” Qila memperkenalkan dirinya.

                “Saya Puteri Tiara binti Hariz. Berasal dari Kuala Lumpur.”

                “Saya Airil Luqman bin Ismail. Saya juga berasal dari Kuala Lumpur,” sambil tersenyum dia memperkenalkan dirinya.

                Tiara terkejut mendengar suara lelaki di sebelahnya. Dia berpaling untuk memastikan. Memang seorang lelaki. Dia sangkakan perempuan tadi  yang duduk disebelahnya. Dia memandang ke arah suara yang sedang memperkenalkan diri. Sudah separuh kelas memeperkenalkan diri mereka. Selesai satu kelas memperkenalkan diri Madam Hani merperkenalkan kelas tersebut dengan subjek MGT162. Dia menerangkan silibus untuk subjek tersebut dan terus memberikan tajuk untuk tugas berkumpulan.

                “Awak nak saya bahagikan kumpulan atau awak nak pilih sendiri kumpulan awak?” tanya Madam Hani.

                “Sendiri,” jawab semua pelajar hampir serentak.

                “Okey. Nanti awak tulis nama ahli kumpulan dalam satu kertas dan bagi pada saya. Saya nak awak buat presentation dan saya nak report sekali. Saya nak report yang lengkap. Lima belas muka surat. Font pulak, arial 11 atau times news roman 12,” terang Madam Hani.

                “Madam, bila nak hantar?” Airil bertanya.

                “Hmm, awak hantar report waktu present nanti. Awak present 1 Ogos,” beritahu Madam Hani.

                Habis berbincang mengenai tugasan berkumpulan, Madam Hani mengajar tajuk pertama dalam silibus dan memberikan nota kepada pelajar-pelajarnya.

                “Hmm. You ni kawan Syasya ye?” Airil bertanya kepada gadis yang duduk di sebelahnya. Dia pasti dia mendengar namanya Puteri Tiara tadi. Itulah yang di beritahu Syasya dulu. Syasya kata kawan sekolahnya dulu juga belajar di Kelantan dan program yang sama dengannya iaitu Diploma Pengajian Perniagaan. Dia menunggu respons gadis itu.

                Dia cakap dengan aku ke? Tak kot. Tapi dia sebut nama Syasya tadi. Syasya mana ye? Aku kenal ke? Hmm, baik aku tanya dia balik. Tiara mengumam dalam hatinya. Dia memandang Qila. Dia perlukan kekuatan. Qila masih leka menyalin nota. Qila tiba-tiba menolehkan kepalanya kearah Tiara dan tersenyum. Qila seakan tahu. Thanks Qila! Tiara tersenyum.

                Dia kembali mengarahkan pandangannya kehadapan dan tanpa memalingkan kepalanya ke arah lelaki disebelahnya, dia bertanya kembali.

                “Hmm, Syasya yang mana ye?”

                Airil terkejut. Sangkanya gadis itu tidak mendengar. Dia tersenyum lantas menjawab. “Hmm, Syasya yang ada kembar tu. Kembar dia Aina.”

                “Oh! Aisya ye,” katanya sambil mengangguk-angguk. Tidak pula dia tahu Aisya ada kawan lelaki. Setahunya dia tak pernah dengar lagi nama Airil Luqman. Aisya sekelas dengannya waktu sekolah dulu jadi dia agak rapat dengan Aisya.

                “You kenal dia ke?” Tiara bertanya lagi.

                “Kenal kat PLKN. Satu kelas dengan dia kat PLKN,” Airil memberitahu.

                Tiara hanya mengangguk.

                “Mulanya I tak tau pun yang dia ada kembar then I tengok kat facebook ada gambar dia dengan sorang lagi yang muka sama cam dia. I tanya la dia ambil gambar kat cermin ke, then dia jawab tu kembar dia,” cerita Airil lagi.

                Tiara mengangguk lagi. Sejujurnya dia tak tahu apa yang hendak dibualkan. Dia membiarkan saja Airil bercerita dan dia mendengar sambil menyalin nota. Hanya sekali-sekala dia mencelah.

                “Dia belajar kat mana sekarang?” Tiara menyoal.

                “Kat Kedah. Dia ada balik KL last week,” Airil menambah.

                “Kenapa dia balik KL?” Tiara bertanya ingin tahu.


                “Hmm, dia kata dia tak dapat sesuaikan diri. And she had a hard time kat sana. You tak contact dia ke?”

                “Tak lagi. My phone tak ada kredit. Tak top up lagi,” kata Tiara tersenyum.

                Airil hanya tersenyum. Tiara senyum kembali dan terus menyambung kembali menyalin notanya. Tiara menyangka perbualan mereka hanya tamat di situ. Dia menjangka ini hanya satu kebetulan yang terjadi dan tidak mungkin dia akan ada apa-apa dengan Airil. Dia tidak biasa dengan lelaki. Hanya dengan keluarganya saja dan seseorang dari masa lalunya. Orang lain dia tahu itu tidak mungkin terjadi.

Tuesday 24 May 2011

JIKA ENGKAU PERGI.. [1]

BAB 1
“Ara! Ara! Cepat la sikit. Kita dah lambat ni. Kau tak payah la nak jalan macam ratu cantik sangat,” jerit Qila.

“Yelah, aku jalan cepat lani. Kau tak nampak ke? Kau jangan la laju sangat aku tak boleh nak kejar la,” balas Tiara kembali.

“ Kau tau tak kita dah lambat masuk kelas ni. Kalau aku tak jalan laju, kau pun mesti tak jalan laju jugak then kita akan masuk lambat,”Qila membalas.

“Tu la kau, aku dah suruh kau kunci jam kan semalam tapi kau tak kunci sebab tu la kita bangun lambat,” balas Tiara geram.

“Eh, aku pulak yang salah. Yelah-yelah aku je yang salah, kau tak salah kan,” rajuk Qila.

“Merajuk ke mak cik. Jangan la merajuk. Lagipun salah aku jugak. Aku pun tak kunci jam jugak,” pujuk Tiara yang sudah berjalan menyaingi Qila.

“Mana ada aku merajuk la."

“Confirm kau tak merajuk?” tanya Tiara.

“Confirm! Lagipun memang betul pun kan,” kata Qila sambil tersenyum.

“Sebenarnya tak ada yang salah dan tak ada yang betul. Kita dua-dua cuai. Dah tau ada kelas pagi ni nak jugak stay up sampai kul 3 pagi. Hmm, tanggung la akibatnya sendiri kan,” kata Tiara tenang.

“Betul,betul,betul,”sahut Qila meniru gaya percakapan kartun Upin dan Ipin. Mereka sama tergelak dan meneruskan perjalanan ke kelas mereka pagi itu. Persahabatan yang dah lama terjalin antara mereka membuatkan mereka serasi bersama dan tidak kisah bergurau kerana masing –masing dah biasa. Tiara menganggap Qila seperti kakaknya sendiri memandangkan dia tidak mempunyai kakak melainka dua orang abang.

Dia di ajar berdikari oleh papa dan umminya. Jadi dia tidak kisah berjauhan dari papa dan umminya kerana dia sukakan sesuatu yang baru walaupun kadang-kadang rindu mengasaknya untuk pulang menemui mereka tapi dia tabahkan hati, lagipun sahabatnya, Qila ada untuk menemani dia. Tidaklah dia rasa keseorangan. Mujur juga mereka ditempatkan di universiti yang sama dan kelas yang sama. Dia bersyukur sekurangnya ummi percayakan dia pergi jauh dengan adanya Qila.

Mereka memandang pintu kelas. Sudah dua minggu mereka belajar di sini tapi inilah kali pertama mereka lambat. Berdebar juga. Takut-takut pensyarah yang jenis angin lain macam buatnya, memang malu la mereka saja yang lambat. Mereka menarik nafas panjang- panjang.Mereka melangkah masuk ke dalam kelas AVB itu. Qila terhendap-hendap seperti pencuri. Dia melihat kalau-kalau pensyarah sudah sampai atau belum. Dia tersenyum memandang Tiara.

“Ara, lecturer belum sampai lagi,” katanya lega.Tiara lega. Qila dan Tiara masuk dan mengambil tempat duduk di hadapan sekali. Hanya separuh dari kelas saja yang baru sampai. Tiara memandang sekeliling kelas. Ada beberapa pelajar yang sudah di kenalinya minggu lepas. Semuanya perempuan. Pelajar lelaki biasanya lambat. Dia mengeluarkan diari miliknya dari beg. Dia mencatit sesuatu tentang hari ini. Inilah satu-satunya benda yang memahaminya walaupun buku itu tidak bercakap atau memberi sebarang kata padanya tapi sekurang-kurangnya diari itu setia mendengar bila dia perlukan. Tidak kisah suka atau duka. Susah atau senang. Dia tidak akan ditinggalkan. Dia tahu itu.

Monday 23 May 2011

JIKA ENGKAU PERGI.. [PROLOG]

PROLOG
               Tiara melangkah masuk ke dalam bilik bacaan papanya. Di bilik itulah papanya melakukan kerjanya. Dia melihat papanya tekun meneliti fail di atas mejanya. Sejak Ummi tak ada, papa selalu berada di bilik bacaannya. Menyibukkan dirinya dengan kerja-kerja pejabat. Kalau Ummi masih ada pastinya ummi takkan membenarkan kami membawa kerja pejabat ke rumah. Sayangnya Ummi pergi terlalu awal. Sejak pemergian ummi, papa tak pernah berenggang dengan kerjanya. Kalau dulu pasti papa tak akan menghiraukan kerjanya apabila di rumah bersama Ummi. Dia mengeluh.
                Tiba-tiba dia terasa sebak. Sungguh dia merindukan umminya. Dia tahu papa juga merindukan ummi. Dia nampak gambar perkahwinan mereka di atas meja Papanya dan sekali- sekala dia melihat papanya merenung gambar itu. Dia mengesat air mata yang mula membasahi pipinya. Dia terasa ada seseorang yang menyentuh bahunya. Dia terkejut. Dia berpaling.

                “Abang!” Tiara terjerit kecil. Mujur tak di dengari papanya. Dia mengurut dadanya.

                Adam tersenyum sambil mengeleng melihat tingkah adiknya. “Apa adik buat kat sini? Kenapa tak tidur lagi ni? Esok kalau lambat papa marah nanti. And one more thing, why are you crying sis?”tanya Adam bertubi-tubi.

                Tiara memandang Adam. Dia menundukkan wajahnya. Air matanya mula mengalir perlahan-lahan. Adam menutup pintu bilik bacaan papanya. Dia menarik Tiara dalam pelukannya. Makin kuat esakan Tiara.

                “Adik rindu ummi, abang. Rindu sangat. Adik tak sanggup tengok papa macam tu. Sampai bila papa nak macam tu,” luah Tiara dalam sedu-sedannya.

                “Adik, jom,”kata Adam sambil menarik tangan Tiara dan mereka duduk di ruang tamu.

                Adam menyapu air mata Tiara dengan jarinya. “Adik, abang pun rindu dengan ummi jugak. Tapi adik tak boleh macam ni. Hidup mesti diteruskan. And bagi la papa masa. Lagipun, papa banyak kenangan dengan ummi. Kita sebagai anak harus memberikan papa semangat untuk menjalani hidupnya. Okey?”

                Tiara mengangguk perlahan-lahan. Adam tersenyum. “Hmm, macam tu la. Dah, abang tak nak tengok adik sedih-sedih lagi. Dah jangan nangis lagi. Buruk tau adik nangis,” kata Adam mengusik.

                Tiara tersenyum dan memukul lengan abangnya. “Abang ni!” jeritnya. Adam memeluk adiknya. Dia tersenyum. Dia mencium ubun-ubun adiknya itu.

               

Tiara melangkah masuk ke bilik mesyuarat bersama Adam. Dia melihat papanya dan beberapa pengurus lain sudah sampai. Mujur saja pihak D’Fira belum sampai. Dia termengah-mengah kerana berlari tadi. Dia bangun lambat pagi tadi gara-gara tidur lambat semalam. Bik Tinah dah kejut pun dia tetap sambung tidur. Terimalah akibatnya. Sampai saja, abangnya dah pun menunggu di depan pintu pejabat memastikan dia sampai dengan selamat. Dia mengambil tempat di sebelah abangnya. Beberapa ketika kemudian pihak D’Fira yang juga rakan perniagaan papanya sampai. Dia melihat beberapa orang yang datang kelihatan berumur, cuma dua orang saja yang masih muda. Mereka bersalaman. Dia terpana. Lelaki dihapannya seakan pernah dilihat tapi dia tak beberapa pasti. Tiba-tiba memori mengetuk mindanya. Tak mungkin dia. Tak mungkin. Aku belum bersedia untuk bertemu kau lagi. Hatinya berkata. Kenangan lama tertayang di minda. Dia masih ingat lagi kenengan bersama lelaki ini. Bukan mudah untuk dia lupakan.