Friday 9 September 2011

JIKA ENGKAU PERGI [5]


BAB 5
                Tiara dan Qila melangkah masuk ke kelas Business Mathematics di blok D201 pada petang itu. Mereka mengambil tempat duduk di barisan kedua. Tiara mencari kelibat seseorang yang ingin dilihatnya sekali lagi. Tiba- tiba pintu kelas dikuak. Dia menanti seseorang masuk. Dia mengharapkan orang yang ditunggunya. Miss Afefah masuk ke kelas. Dia hampa. Pintu dikuak lagi, dia melihat ke arah pintu seorang demi seorang rakan kelasnya masuk. Hish! Selalu datang lambat la dia ni. Bisik hatinya. Sedikit geram. Miss Afefah sudah mengedarkan kertas attendance. Dia melihat ke arah pintu lagi.

                Haih! Kenapa la dengan aku ni? Kenapa pulak aku nak tunggu dia? Ara,Ara. Dia mengeluh sendiri. Miss Afefah sudah bersiap hendak memulakan pengajarannya. Dia bersiap-siap dengan pen dan buku nota di atas meja. Tiba-tiba pintu dikuak, dia muncul dengan senyuman manisnya kepada Miss Afefah sambil meminta maaf kerana terlewat.

                Dia kembali menumpukan perhatiannya kepada subjek yang diajar hari itu. Seharian hatinya senang. Qila yang dari tadi melihat perlakuan teman baiknya itu hanya tersenyum. Sah la kau dah jatuh cinta Ara. Bisik hati kecilnya. Dia tahu Tiara belum pernah jatuh cinta dan ini kali pertama dia melihat Tiara tersenyum. Bukannya Tiara tidak pernah senyum tapi senyumannya yang ini lain dari yang sebelumnya. Senyumannya kali ini istimewa dan dia tahu sebabnya senyuman seistimewa itu terukir dibibir comel milik Tiara. Semuanya gara-gara Airil Luqman. Dia memandang jejaka itu. Dia pasti Airil sesuai untuk Tiara. Ara, aku doakan kau mendapat bahagia yang kau cari. Doanya dalam hati ikhlas buat sahabat yang disayangi. Dia kembali menumpukan perhatian terhadap pengajaran Miss Afefah dihadapan.

                Pengajaran dan pembelajaran  berjalan seperti biasa petang itu. Sekali-sekala kelas riuh dengan gelak tawa kerana keletah sesetengah pelajar terutamanya Airil Luqman. Dialah yang selalu menceriakan kelas dengan keletahnya.

KELAS habis tepat pukul 2 petang. Miss Afefah memberikan latihan Business Mathematics untuk tajuk yang di ajarnya hari itu dan perlu di hantar pada minggu depan. Tiara mengemaskan buku-bukunya. Tiba-tiba ada seseorang berdiri di hadapannya. Dia mendongak. Dia tersenyum apabila melihat Airil di hadapannya. Dia melihat Airil sedang menekan keypad telefon bimbitnya.

                “ Nak cakap dengan Syasya tak?” Airil bertanya tiba-tiba.

                “ Nak, Nak!!” pantas Tiara menganguk dan menghulurkan tangan untuk mengambil telefon bimbit dari tangan Airil.

                “ Bukan sekarang la. I belum call dia lagi,” Kata Airil.

                “Oh, okey,” Tiara tertunduk malu. Dia ingatkan Airil sudah pun mendail nombor Aisya.

                Airil berjalan keluar dari kelas. Dia menunggu di luar. Sambil menunggu dia mendail nombor Aisya. Dia bercakap dengan Aisya. Tiara keluar dari kelas bersama-sama Qila. Melihat Tiara keluar dari kelas, Airil memanggil Tiara.

                “Nah, Syasya,” kata Airil sambil menghulurkan telefon bimbitnya pada Tiara.

                “ Ara, aku pergi dulu ye. Takut lambat nanti nak pergi latiahn Kesatria Negara,” Qila meminta diri sambil tersenyum.

                “Okey. Bye, Qila.” Tiara mengambil telefon dari tangan Airil. Dia meletakkannya di telinga.
                “ Hello,” katanya dan menunggu jawapan dari hujung talian.

                “ Hello, Tiara,” kedengaran suara Aisya dari hujung talian.

                “ Aisya! Aisya!”

                “ Ye, aku ni.”

                “ Wei, kau apa khabar? Lama tak jumpa.”

                “ Aku sihat. Kau pulak?”

                “ Aku pun sihat je. Kau kat mana ni?”

                “ Aku kat bilik je, tengah rehat-rehat ni.”

                “ Kau tak de kelas ke?”

                “ Tak ada.”

                “Habis kau tak pergi kokurikulum ke?”

                “Tak, aku tak ambik kokurikulum.”

                “Oh. Kau buat pengecualian ye.”

                “A’ah. Macam mana kau kenal Airil? Dia tegur kau dulu ke, kau tegur dia dulu?”

                “ Hmm, dia tegur aku dulu,” kata Tiara sambil tersenyum.

                “ Oh. Cakap kat dia, aku bagitau Su nanti.”

                “Apa? Su?”

                “ A’ah.”

                “ Kau nak bagitau Su,” Tiara sengaja menguatkan suaranya supaya Airil mendengar.

                “Bagitau la. Mengadu la banyak-banyak,” kata Airil sambil ketawa.

                “Hmm, dia kata bagi la tau. Mengadu la banyak-banyak.”

                “Haha,” terdengar ketawa Aisya.

                “ Hmm, okey la Aisya. Aku nak pergi kokurikulum ni. Takut lambat nanti. Bye.”

                “ Okey, bye.”

                 Tiara menghulurkan kembali telefon bimbit kepada Airil. “ Alahai, sedihnya bunyi.” Airil menyampuk. Dia mengambil telefon dan kemudian terus pergi. Tiara melihat Airil sehingga dia hilang dari pandangannya. Setelah Airil hilang dari pandangannya dia pun balik untuk bersiap-siap ke latihan kokurikulum petang itu.


TIARA memandang langit malam dari tingkap biliknya. Bersinar langit malam ini dengan cahaya bulan dan bintang. Dia berfikir tentang siang tadi. Hatinya tidak tenang. Dia tertanya-tanya siapakah Su yang dimaksudkan Aisya petang tadi. Gilrfriend dia ke? Haih. Dia mengeluh. Kenapalah aku perlu rasa macam ni? Kenapa aku rasa lain sangat hari ni? Apa yang salahnya kalau dia ada girlfriend? Apa kena mengena dengan aku? Aku cemburu ke? Persoalan demi persoalan mengasak minda Tiara. Dia buntu dengan persoalan yang mengasak mindanya. Buntu dengan perasaan yang menggangu hatinya. Dia mengeluarkan diari dari dalam laci mejanya. Dia mencatat sesuatu. Kisahnya hari ini. Segalanya dia catatkan.