Friday 19 August 2011

JIKA ENGKAU PERGI.. [4]


BAB 4
                Tiara masih mengikut Qila. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Qila. Dia melihat pelajar yang ramai masih mencari-cari tempat duduk. Ada juga pelajar yang baru sampai. Dia leka seketika melihat pelbagai kerenah pelajar yang sebaya dengannya itu.

                “Tiara!” lamunannya terhenti apabila ada suara yang memanggilnya dari belakang.

                Dia berpaling. Dia tersenyum sambil membalas. “Hai”

                Qila turut memandang ke belakang. Qila turut tersenyum.

                “Siapa nama kawan you ni?” tanya Airil.

                “Aqila Nuraini,” jawab Tiara.

                Airil hanya mengangguk.

                Pengerusi majlis memulakan acara pada malam itu. Mereka diperkenalkan dengan Persatuan INDYBS. Kemudian mereka diperkenalkan dengan pengerusi INDYBS, naib pengerusi serta exco-exco yang lain.

                “Baiklah. Kita akan mengadakan malam ukhwah untuk awak semua. Malam ukhwah kita akan diadakan pada 1 Ogos. Pukul 9 malam. Tema untuk malam ukhwah kita ialah warna kehidupan. Class rep sila turun untuk cabut undi,” ucap pengerusi majlis.
                Semua wakil kelas turun untuk mencabut undi. Selepas mendapat tajuk untuk persembahan masing-masing setiap kelas diberikan 4 orang fasilitator.

                “ Wei, Fais dapat tajuk apa?” tanya salah seorang pelajar lelaki kelas BMD1BG.

                “Adnan sempit,” jawab Fais tersengih.

                Setiap kelas kemudiannya mendapat fasilitator yang terdiri daripada exco-exco INDYBS sendiri. Kelas BMD1BG mendapat 4 orang fasilitator iaitu Kak Awanis, Kak Anis, Kak Ita dan Abang Shahrul.

                “ Jom, kita keluar kejap,” suruh Kak Ita.

                Diluar mereka mencari tempat untuk berbincang mengenai tajuk yang diberi dan berkenalan dengan fasilitator mereka yang juga senior mereka. Mereka duduk berdekatan dengan Blok D iaitu di ruangan tempat letak kereta belakang Blok C. Kelas-kelas lain juga turut keluar dan duduk berdekatan dengan Blok D.

                Kak Ita memberikan mereka borang maklumat diri untuk diisi. Mereka mengisi borang tersebut dan menyerahkan semula kepada Kak Ita bersama duit yuran INDYBS. Mereka juga berbincang mengenai persembahan yang akan diadakan untuk Malam Ukhwah INDYBS.

                Selesai berbincang, mereka masuk semula ke dalam AUD300. Sebelum beredar pulang, presiden mengingatkan tugasan yang perlu disiapkan iaitu mengumpul tanda tangan semua exco-exco INDYBS dan tugasan itu perlu di hantar pada malam ukhwah. Mereka di beri makanan sebelum beredar pulang. Tiara keluar bersama Qila. Sebaik keluar dari pintu AUD300, Tiara terserempak dengan Airil. Dia tersenyum melihat Airil. Qila hanya mengikut Tiara dari belakang.

                “ Ara!!” panggil Airil.

                Tiara berpaling. “ Good night,” ucap Airil.

                “ Good night,” ucap Tiara sambil melambaikan tangannya pada Airil. Kemudian dia dan Qila terus berjalan balik ke kolej masing- masing. Qila tersenyum mengusik kepada Tiara.