Monday 23 May 2011

JIKA ENGKAU PERGI.. [PROLOG]

PROLOG
               Tiara melangkah masuk ke dalam bilik bacaan papanya. Di bilik itulah papanya melakukan kerjanya. Dia melihat papanya tekun meneliti fail di atas mejanya. Sejak Ummi tak ada, papa selalu berada di bilik bacaannya. Menyibukkan dirinya dengan kerja-kerja pejabat. Kalau Ummi masih ada pastinya ummi takkan membenarkan kami membawa kerja pejabat ke rumah. Sayangnya Ummi pergi terlalu awal. Sejak pemergian ummi, papa tak pernah berenggang dengan kerjanya. Kalau dulu pasti papa tak akan menghiraukan kerjanya apabila di rumah bersama Ummi. Dia mengeluh.
                Tiba-tiba dia terasa sebak. Sungguh dia merindukan umminya. Dia tahu papa juga merindukan ummi. Dia nampak gambar perkahwinan mereka di atas meja Papanya dan sekali- sekala dia melihat papanya merenung gambar itu. Dia mengesat air mata yang mula membasahi pipinya. Dia terasa ada seseorang yang menyentuh bahunya. Dia terkejut. Dia berpaling.

                “Abang!” Tiara terjerit kecil. Mujur tak di dengari papanya. Dia mengurut dadanya.

                Adam tersenyum sambil mengeleng melihat tingkah adiknya. “Apa adik buat kat sini? Kenapa tak tidur lagi ni? Esok kalau lambat papa marah nanti. And one more thing, why are you crying sis?”tanya Adam bertubi-tubi.

                Tiara memandang Adam. Dia menundukkan wajahnya. Air matanya mula mengalir perlahan-lahan. Adam menutup pintu bilik bacaan papanya. Dia menarik Tiara dalam pelukannya. Makin kuat esakan Tiara.

                “Adik rindu ummi, abang. Rindu sangat. Adik tak sanggup tengok papa macam tu. Sampai bila papa nak macam tu,” luah Tiara dalam sedu-sedannya.

                “Adik, jom,”kata Adam sambil menarik tangan Tiara dan mereka duduk di ruang tamu.

                Adam menyapu air mata Tiara dengan jarinya. “Adik, abang pun rindu dengan ummi jugak. Tapi adik tak boleh macam ni. Hidup mesti diteruskan. And bagi la papa masa. Lagipun, papa banyak kenangan dengan ummi. Kita sebagai anak harus memberikan papa semangat untuk menjalani hidupnya. Okey?”

                Tiara mengangguk perlahan-lahan. Adam tersenyum. “Hmm, macam tu la. Dah, abang tak nak tengok adik sedih-sedih lagi. Dah jangan nangis lagi. Buruk tau adik nangis,” kata Adam mengusik.

                Tiara tersenyum dan memukul lengan abangnya. “Abang ni!” jeritnya. Adam memeluk adiknya. Dia tersenyum. Dia mencium ubun-ubun adiknya itu.

               

Tiara melangkah masuk ke bilik mesyuarat bersama Adam. Dia melihat papanya dan beberapa pengurus lain sudah sampai. Mujur saja pihak D’Fira belum sampai. Dia termengah-mengah kerana berlari tadi. Dia bangun lambat pagi tadi gara-gara tidur lambat semalam. Bik Tinah dah kejut pun dia tetap sambung tidur. Terimalah akibatnya. Sampai saja, abangnya dah pun menunggu di depan pintu pejabat memastikan dia sampai dengan selamat. Dia mengambil tempat di sebelah abangnya. Beberapa ketika kemudian pihak D’Fira yang juga rakan perniagaan papanya sampai. Dia melihat beberapa orang yang datang kelihatan berumur, cuma dua orang saja yang masih muda. Mereka bersalaman. Dia terpana. Lelaki dihapannya seakan pernah dilihat tapi dia tak beberapa pasti. Tiba-tiba memori mengetuk mindanya. Tak mungkin dia. Tak mungkin. Aku belum bersedia untuk bertemu kau lagi. Hatinya berkata. Kenangan lama tertayang di minda. Dia masih ingat lagi kenengan bersama lelaki ini. Bukan mudah untuk dia lupakan.

1 comment:

  1. ...welcome to the 'world of bloggers'...
    ...Good job...
    ...congratulations...
    ...keep it up...

    ReplyDelete